Friday, 21 December 2012

Bumi Bertuah Part I

Assalamualaikum W.B.T.

           Pada kali ini saya akan berceritakan tentang pengalaman saya sebagai seorang penduduk baru di bumi waqafan. Pada hari keluarnya tawaran kemasukan ke SBP iaitu pada 20 Januari, ramai yang berpusu-pusu nak melihat sekolah apa yang mereka perolehi. Kebetulan hari tersebut ialah hari jumaat dan waktu itu masing-masing hanya menanti untuk pulang ke rumah dari asrama bagi melihat result sekolah SBP masing-masing. Saya memang berdebar-debar kerana takut akan sekolah yang saya impikan iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah tidak tercapai.

        Lebih kurang pukul 2.00 petang selepas pulang dari solat jumaat, saya terus kemas segala macam barang dan beg saya lantas menuju ke kereta. Sesampainya saya di kereta, semua ahli keluarga saya kelihatan muram dan masam. Kemudian...

"Kenapa semua masam?"
"Izhar, jangan sedih. Mungkin bukan rezeki Izhar."
"Mama dah check ke? Izhar tak dapat eh?"
"Ha'ah."
"OH, OKAY!"
 
         Saya pun berlagak selamba walaupun ketika itu hati ini sudah bak kaca terhempas ke batu. Kemudian, kakak ipar saya di tempat duduk kereta di belakang telah mengeluarkan sekeping kertas lalu menghulurkannya kepada saya.

"IZHAR, NAH!"

      Pada waktu itu saya seperti tidak keruan dan terus menjerit apabila melihat kertas yang dikeluarkan itu adalah kertas TAWARAN KE KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH. Saya terus memeluk ibu saya dan berlari semula ke asrama untuk menunjukkan kertas tersebut kepada kawan baik saya , Mujtaheed dan Amen Naqib. Alangkah indahnya hari ini sekiranya saya dapat tahu tentang berita baik itu dengan permulaan yang lebih bagus. Tapi, ibu saya lebih kreatif dalam lakonan untuk menguji emosi saya sewaktu itu.

        Selama sepuluh hari itu saya telah uruskan segala kelengkapan ke asrama berserta dengan persediaan rohani dan jasmani. Ketika itu, tarikh masuk ke KISAS ialah pada 31 Januari 2012. Sebelum menjejakkan kaki ke BUMI BERTUAH itu, saya sempat bertemu dengan rakan-rakan Sambest pada malam terakhir perjumpaan semua pelajar-pelajar bersempena dengan beberapa orang yang akan pindah ke sekolah lain diberi ruang untuk bercakap di hadapan. Saya masih ingat satu ayat saya ketika itu,

KE MANA PUN KITA PERGI/JELAJAH, KITA HANYALAH SAMA TAPI YANG MEMBEZAKAN KITA HANYALAH KETAQWAAN
          
Pada 31 Januari tersebut, saya telah menjejakkan kaki ke Kolej Islam Sultan Alam Shah.

"Cantik sekolah ni. Walaupun kecil sedikit berbanding sekolah lama."

 

          Melangkah sahaja masuk ke kawasan sekolah, hati saya terus berdebar-debar seperti sudah mendapat satu petanda kepada setiap penduduk bumi waqafan untuk menyambung legasi tarbiah yang seterusnya. Seperti sudah dibebankan dengan satu tanggungjawab yang besar dalam menyempurnakan amanah orang dahulu unutk mengekalkan biah solehah di bumi waqafan. 
          


IN SYA ALLAH...BERSAMBUNG KEMUDIAN :)
                                      

3 comments:

  1. huhu,kau lupa aq..time tu aq pun ada.....ingat lagi kau nangis ! haha. :P

    ReplyDelete
  2. haha...betul tuh kau pon ade tengah jalan dengan muje kat koop.....aku tak lupa lah...pastu cikgu rizal lalu.....

    ReplyDelete
  3. bumi waqafan tu ape ye?jemput usha bloghttp://despicableslave.blogspot.com/

    ReplyDelete