Pada hari ini, saya berhajat hendak kongsikan sebuah perkara tentang Kolej Islam Sultan Alam Shah. Seperti sekolah SBP yang lain, kolej kami akan adakan bacaan Al Mulk setiap malam dan ini merupakan amalan harian dan sehinggakan ia menjadi seperti wajib kepada semua pelajar. Barangsiapa yang belum membaca Al Mulk, dia tidak akan tidur. Antara sunnah Rasulullah, bacaan Al Mulk adalah salah satunya.
Kami juga didedahkan dengan memberi ruang kepada setiap orang untuk memberi tazkirah. Pada setiap liqa' Al Mulk, akan ada orang yang mengetuai bacaan di hadapan Musolla ataupun di lobi masing-masing. Setiap selepas liqa' Al Mulk wajib diadakan tazkirah sekurang-kurangnya seorang. tapi kalau dijangkakan memang tak akan pernah seorang yang memberi tazkirah selepas liqa Al Mulk, melainkan kalau muzakkir itu tazkirah sehingga pukul 12.30 tengah malam barulah kami berhenti.

Ada banyak lagi perkara untuk diceritakan sebenarnya tetapi kalau semuanya hendak diperihalkan di sini memang tidak akan pernah cukup. Sebenarnya tujuan menulis pada kali ini adalah ingin memberitahu bahawa setiap kali kami selesai liqa Al Mulk, kami akan bersalam-salaman sambil berselawat. Kemudian kami akan bacakan hadis beramai-ramai dan sewaktu ketika itu, kami seperti diurung dengan semangat jihad yang begitu kental lebih-lebih lagi setelas usai pembacaan hadis beramai-ramai, akan ada seorang yang melaungkan kalimah "takbir" dan semua di sekeliling akan menyambutnya dengan perkataan AllahuAkbar. Setiap malam kami lakukan perkara yang sama kecuali pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari Sabtu dan Ahad, kami akan lakukan perkara tersebut seperti biasa namun pasti ada tambahan aktiviti usrah yang selalunya sangat menarik untuk dijalani lagi-lagi aktiviti 2 pagi. Ini akan diceritakan pada kemudian hari.
Matlamat untuk kali ini ialah memberitahu antum hadis apa yang kami sebut beramai-ramai setiap kali selesai membaca Al Mulk. Berikut hanya merupakan terjemahan hadis tetapi kami mengucapkannya setiap kali dalam Bahasa Arab. Berikut merupakan hadis- hadis berikut,
'Telah ku tinggalkan untuk dikau dua perkara yakni selagi kamu berpegang kepada keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah"
"Barangsiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi"
"Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka sesungguhnya nyata baginya kafir"
"Barangsiapa yang keluar dalam mencari ilmu, maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang"
"Jagalah Allah, Allah menjagamu'
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan, diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu"
"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
"Bukan dari kalangan kami, orang yang tidak melagukan Quran (tidak memenuhi hak-hak huruf)"
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia akan berkata yang baik ataupun diam"
TAKBIR
ALLAHUAKBAR!
SEMOGA KITA DITEMUKAN SEMULA OLEH ALLAH.
Selamat menghadapi kehidupan. Beringat, kita tidak akan tenang tanpa ada kalamullah dalam hati. ALA BIZIKRILLAHI TATMAINNAL QULUB.....
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa solat dan mohon kebaikan daripada-NYA sepanjang masa agar mendapat perlindungan. Fassalamullahi Alaikum ila azizil Qari.
JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA
No comments:
Post a Comment