SEMALAM IALAH SEJARAH, HARI INI IALAH REZEKI, HARI ESOK MENJADI MISTERI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kini saya kembali lagi untk mengimbau kisah lalu sewaktu ketika saya pernah menjadi penuntut ilmu di Sambestari Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pelbagai peristiwa menarik pernah tercipta tetapi semua itu hanya tinggal kenangan. Itulah manusia, pabila sedang melalui, tidak ingin dinikmati sebenar-benarnya, pabila sudah lalu, baru terkenang dengan tangisan air mata.
Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Dia yang menentukan kehidupan kita kerana sebaik manapun kita merancang, pasti rancangan-NYA yang terbaik. Ingatlah,
SETIAP KALI KITA MERANCANG ALLAH JUGA AKAN MERANCANG...
DAN DIALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG.
Masa lalu adalah sesuatu perkara yang sangat mustahil untuk dicapai. Pernah terdapat satu kisah iaitu Imam Ghazali pernah bertanyakan kepada murid-muridnya beberapa soalan. antaranya ialah,
"Apakah perkara yang paling jauh dengan kita?"
"Bulan, matahari, negeri China."
Lalu Imam Ghazali pun menyatakan bahawa jawapan mereka benar tetapi masih ada lagi jawapan yang lebih tepat iaitu, MASA LALU.
Memang, masa lalu itu memang jauh. Adakah anda yakin anda akan mendapat semula pengalaman yang berharga yang pernah anda lalui? Tetapi hakikatnya, LIFE MUST GO ON. No one is able to meet the past again. It is always impossible and never would be possible.
Kenangan yang terindah yang pernah saya lalui di Sambest adalah bersama rakan-rakan dan guru-guru. Mereka semua banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk teruskan perjuangan di tempat baru dan kini semestinya hati masih lagi rindu pada bumi bestari. Ingat lagi masa berada di tingkatan 1 ,menjawat jawatan sebagai seorang ketua kelas yang kejam dan pelik. Marah tapi orang tak takut, mengarah tapi orang tak ikut dan macam-macam lagi. Masa di tingkatan 1 adalah waktu yang paling bahagia tanpa sebarang periksa yg perlu dirisaukan.
TUP...TUP...TUP...
Rupa-rupanya semasa peperiksaan akhir tahun di tingkatan 1 menentukan saya di kelas mana. Saya belajar pun tidak bersungguh dan akhirnya misi untuk mencapai kelas pertama sewaktu berada di tingkatan 2 tidak tercapai. Tapi, pengalaman yang menarik tentang kelas 2 Al-Farabi adalah sewaktu ketika saya ditempatkan di sebelah musuh ketat saya. MANIS DAN PAHIT KINI BERCAMPUR BAUR kerana terkenangkan SAMBEST.
Sewaktu berada di tingkatan 3, ALHAMDULILLAH! Berkat pertolongan Allah, Dia telah meletakkan saya di kelas pertama. Persaingan sangat sengit. Apa-apa pun, ukhuwwah antara kami sangat mantap. Kami sentiasa beringat antara satu sama lain supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai misi 100% 9A, seperti apa yang dimimpikan oleh Cikgu Tengku Zaleha. Ada satu pagi, dia masuk kelas dan terus cakap,
"Semalam saya mimpi result PMR 2011 keluar. Kamu semua dapat 100% 9A."
Pada waktu itu kami hanya mampu mengucapkan amin. Alhamdulillah, keputusan PMR 2011 telahpun keluar. Walaupun misi tidak tercapai, kami tetap bersyukur kerana 103 orang mendapat 9A daripada 139 orang dengan GPS 1.05 berbanding 1.13 pada tahun 2010. Alhamdulillah sekali lagi kerana kami berjaya meningkatkan GPS sebanyak 0.08 pointer.
Pengalaman itu sangat manis dan tak dapat dilupakan sehingga kini. Sebelum keputusan keluar, saya adalah antara orang yang paling bersemangat untuk buat countdown. Biar apapun berlaku dulu, segalanya telah lepas. Saya hanya mampu bersyukur kepada Allah. Reda dengan segala ketentuan Illahi. Segala yang tersurat pasti ada yang tersirat. Moga-moga selamat dunia dan akhirat kita bersama. TERIMA KASIH ATAS PEMBACAAN.
No comments:
Post a Comment