Assalamualaikum W.B.T
In sya Allah, kali ini saya kembali lagi untuk membincangkan isu berkenaan KIAMAT 2012. Timbul persoalan dari diri saya sendiri, mengapa masih ramai manusia pada era globalisasi ini saling menjangka atau meramal serta mempercayai tarikh ramalan kiamat. Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah bagi sesiapa yang tidak terjerumus dengan segala macam isu aneh yang semakin timbul di dunia sekarang. Walaubagaimanapun, orang yang meramal itu terkadang datang dari orang islam sendiri, na'uzubillahimin zalik.
Memang, kita tidak seharusnya percaya dengan segala tarikh kiamat yang telah kononnya dikaji oleh saintis luar negara tetapi apa yang kita wajib lakukan adalah dengan beriman kepada hari kiamat. Malah, tarikh yang dijangka 21.12.12 berlaku DOOMSDAY juga tidak terjadi. Sehingga di berita TV semalam wujud segelintir masyarakat yang mempercayai hari tersebut merupakan hari akhir dunia sehingga mereka sanggup memanjat bukit menyangkakan ada UFO yang bakal selamatkan mereka.

OTHERWISE, THE MAYAINS HAD TROLLED THE WHOLE WORLD CITIZENS
Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Aku telah mendengar Nabi s.a.w
bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk)
dan jari tengah: (Jarak waktu) antara masa aku diutuskan dengan masa
berlakunya Kiamat seperti ini."
Tetapi maksud nabi itu bukanlah untuk kita menjangkakan waktu kiamat itu bila berdasarkan isyarat jari yang ditunjukkan, tetapi isyarat Rasulullah adalah untuk menyatakan bahawa kiamat itu sememangnya terlalu dekat dan manusia harus beringat antara satu sama lain. Lihat, sudah pelbagai tanda-tanda besar kiamat telah berlaku sekarang. Oleh itu, tak usah menyibuk dalam hal Allah untuk mengkaji bilakah tarikh kiamat tetapi bersibuklah dengan hal kita sendiri untuk membuat persiapan menghadapi hari pembalasan.
WALLAHU A'LAM