Friday, 21 December 2012

Kiamat Bila?




 Assalamualaikum W.B.T


        In sya Allah, kali ini saya kembali lagi untuk membincangkan isu berkenaan KIAMAT 2012. Timbul persoalan dari diri saya sendiri, mengapa masih ramai manusia pada era globalisasi ini saling menjangka atau meramal serta mempercayai tarikh ramalan kiamat. Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah bagi sesiapa yang tidak terjerumus dengan segala macam isu aneh yang semakin timbul di dunia sekarang. Walaubagaimanapun, orang yang meramal itu terkadang datang dari orang islam sendiri, na'uzubillahimin zalik.

         Memang, kita tidak seharusnya percaya dengan segala tarikh kiamat yang telah kononnya dikaji oleh saintis luar negara tetapi apa yang kita wajib lakukan adalah dengan beriman kepada hari kiamat. Malah, tarikh yang dijangka 21.12.12 berlaku DOOMSDAY juga tidak terjadi. Sehingga di berita TV semalam wujud segelintir masyarakat yang mempercayai hari tersebut merupakan hari akhir dunia sehingga mereka sanggup memanjat bukit menyangkakan ada UFO yang bakal selamatkan mereka.

OTHERWISE, THE MAYAINS HAD TROLLED THE WHOLE WORLD CITIZENS

     Tetapi apa yang harus kita lakukan sekarang sebagai orang islam adalah dengan meneruskan ibadah kepada Allah tanpa berhenti. Adakah semalam bukan kiamat bermakna kiamat itu masih jauh. TIDAK SESEKALI TIDAK, kerana Rasulullah pun pernah bersabda tentang kiamat iaitu pada 1400 tahun yang dahulu, inikan pula kita yang semakin dekat dengan hari kebangkitan tersebut.

      Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk) dan jari tengah: (Jarak waktu) antara masa aku diutuskan dengan masa berlakunya Kiamat seperti ini."
  
       Tetapi maksud nabi itu bukanlah untuk kita menjangkakan waktu kiamat itu bila berdasarkan isyarat jari yang ditunjukkan, tetapi isyarat Rasulullah adalah untuk menyatakan bahawa kiamat itu sememangnya terlalu dekat dan manusia harus beringat antara satu sama lain. Lihat, sudah pelbagai tanda-tanda besar kiamat telah berlaku sekarang. Oleh itu, tak usah menyibuk dalam hal Allah untuk mengkaji bilakah tarikh kiamat tetapi bersibuklah dengan hal kita sendiri untuk membuat persiapan menghadapi hari pembalasan.

WALLAHU A'LAM

Bumi Bertuah Part I

Assalamualaikum W.B.T.

           Pada kali ini saya akan berceritakan tentang pengalaman saya sebagai seorang penduduk baru di bumi waqafan. Pada hari keluarnya tawaran kemasukan ke SBP iaitu pada 20 Januari, ramai yang berpusu-pusu nak melihat sekolah apa yang mereka perolehi. Kebetulan hari tersebut ialah hari jumaat dan waktu itu masing-masing hanya menanti untuk pulang ke rumah dari asrama bagi melihat result sekolah SBP masing-masing. Saya memang berdebar-debar kerana takut akan sekolah yang saya impikan iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah tidak tercapai.

        Lebih kurang pukul 2.00 petang selepas pulang dari solat jumaat, saya terus kemas segala macam barang dan beg saya lantas menuju ke kereta. Sesampainya saya di kereta, semua ahli keluarga saya kelihatan muram dan masam. Kemudian...

"Kenapa semua masam?"
"Izhar, jangan sedih. Mungkin bukan rezeki Izhar."
"Mama dah check ke? Izhar tak dapat eh?"
"Ha'ah."
"OH, OKAY!"
 
         Saya pun berlagak selamba walaupun ketika itu hati ini sudah bak kaca terhempas ke batu. Kemudian, kakak ipar saya di tempat duduk kereta di belakang telah mengeluarkan sekeping kertas lalu menghulurkannya kepada saya.

"IZHAR, NAH!"

      Pada waktu itu saya seperti tidak keruan dan terus menjerit apabila melihat kertas yang dikeluarkan itu adalah kertas TAWARAN KE KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH. Saya terus memeluk ibu saya dan berlari semula ke asrama untuk menunjukkan kertas tersebut kepada kawan baik saya , Mujtaheed dan Amen Naqib. Alangkah indahnya hari ini sekiranya saya dapat tahu tentang berita baik itu dengan permulaan yang lebih bagus. Tapi, ibu saya lebih kreatif dalam lakonan untuk menguji emosi saya sewaktu itu.

        Selama sepuluh hari itu saya telah uruskan segala kelengkapan ke asrama berserta dengan persediaan rohani dan jasmani. Ketika itu, tarikh masuk ke KISAS ialah pada 31 Januari 2012. Sebelum menjejakkan kaki ke BUMI BERTUAH itu, saya sempat bertemu dengan rakan-rakan Sambest pada malam terakhir perjumpaan semua pelajar-pelajar bersempena dengan beberapa orang yang akan pindah ke sekolah lain diberi ruang untuk bercakap di hadapan. Saya masih ingat satu ayat saya ketika itu,

KE MANA PUN KITA PERGI/JELAJAH, KITA HANYALAH SAMA TAPI YANG MEMBEZAKAN KITA HANYALAH KETAQWAAN
          
Pada 31 Januari tersebut, saya telah menjejakkan kaki ke Kolej Islam Sultan Alam Shah.

"Cantik sekolah ni. Walaupun kecil sedikit berbanding sekolah lama."

 

          Melangkah sahaja masuk ke kawasan sekolah, hati saya terus berdebar-debar seperti sudah mendapat satu petanda kepada setiap penduduk bumi waqafan untuk menyambung legasi tarbiah yang seterusnya. Seperti sudah dibebankan dengan satu tanggungjawab yang besar dalam menyempurnakan amanah orang dahulu unutk mengekalkan biah solehah di bumi waqafan. 
          


IN SYA ALLAH...BERSAMBUNG KEMUDIAN :)
                                      

Rasullulah Pedoman Kami

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,

         Pada hari ini, saya berhajat hendak kongsikan sebuah perkara tentang Kolej Islam Sultan Alam Shah. Seperti sekolah SBP yang lain, kolej kami akan adakan bacaan Al Mulk setiap malam dan ini merupakan amalan harian dan sehinggakan ia menjadi seperti wajib kepada semua pelajar. Barangsiapa yang belum membaca Al Mulk, dia tidak akan tidur. Antara sunnah Rasulullah, bacaan Al Mulk adalah salah satunya.
        Kami juga didedahkan dengan memberi ruang kepada setiap orang untuk memberi tazkirah. Pada setiap liqa' Al Mulk, akan ada orang yang mengetuai bacaan di hadapan Musolla ataupun di lobi masing-masing. Setiap selepas liqa' Al Mulk wajib diadakan tazkirah sekurang-kurangnya seorang. tapi kalau dijangkakan memang tak akan pernah seorang yang memberi tazkirah selepas liqa Al Mulk, melainkan kalau muzakkir itu tazkirah sehingga pukul 12.30 tengah malam barulah kami berhenti.

 
       Tapi, apa yang seronok ialah setiap orang yang hendak ke hadapan akan disambut dengan selawat Rasulullah. Lagi-lagi untuk orang yang baru hendak bercakap di depan, selawatnya memang semakin kuatlah bunyinya. Biah solehah terasa apabila kami mengadakan malam mahabbah di saat semua orang dikehendaki memakai baju putih ataupun apa-apa pakaian asalkan berwarna putih. Malam mahabbah akan diisi penuh dengan qasidah. Banyak qasidah telah kami pelajari, qasidah muhammadiyah, ya badratim, solatun bissalam, maulaya, ya rabba makkah, ya hanana , tolama  dan banyak lagi. Terasa kecintaan kepada rasulullah setiap kali mengalunkan setiap qasidah.

     Ada banyak lagi perkara untuk diceritakan sebenarnya tetapi kalau semuanya hendak diperihalkan di sini memang tidak akan pernah cukup. Sebenarnya tujuan menulis pada kali ini adalah ingin memberitahu bahawa setiap kali kami selesai liqa Al Mulk, kami akan bersalam-salaman sambil berselawat. Kemudian kami akan bacakan hadis beramai-ramai dan sewaktu ketika itu, kami seperti diurung dengan semangat jihad yang begitu kental lebih-lebih lagi setelas usai pembacaan hadis beramai-ramai, akan ada seorang yang melaungkan kalimah "takbir" dan semua di sekeliling akan menyambutnya dengan perkataan AllahuAkbar. Setiap malam kami lakukan perkara yang sama kecuali pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari Sabtu dan Ahad, kami akan lakukan perkara tersebut seperti biasa namun pasti ada tambahan aktiviti usrah yang selalunya sangat menarik untuk dijalani lagi-lagi aktiviti 2 pagi. Ini akan diceritakan pada kemudian hari.

           Matlamat untuk kali ini ialah memberitahu antum hadis apa yang kami sebut beramai-ramai setiap kali selesai membaca Al Mulk. Berikut hanya merupakan terjemahan hadis tetapi kami mengucapkannya setiap kali dalam Bahasa Arab. Berikut merupakan hadis- hadis berikut,

'Telah ku tinggalkan untuk dikau dua perkara yakni selagi kamu berpegang kepada keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah"

"Barangsiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi"

"Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka sesungguhnya nyata baginya kafir"

"Barangsiapa yang keluar dalam mencari ilmu, maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang"

"Jagalah Allah, Allah menjagamu'

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan, diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu"

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

"Bukan dari kalangan kami, orang yang tidak melagukan Quran (tidak memenuhi hak-hak huruf)"

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia akan berkata yang baik ataupun diam"

TAKBIR
ALLAHUAKBAR!

SEMOGA KITA DITEMUKAN SEMULA OLEH ALLAH.

      Selamat menghadapi kehidupan. Beringat, kita tidak akan tenang tanpa ada kalamullah dalam hati. ALA BIZIKRILLAHI TATMAINNAL QULUB.....

         Oleh itu, kita hendaklah sentiasa solat dan mohon kebaikan daripada-NYA sepanjang masa agar mendapat perlindungan. Fassalamullahi Alaikum ila azizil Qari.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA